Khamis, 4 Disember 2014

PENGALAMAN SAYA

Assalamualaikum,

Saya masuk di GIAT MARA IPOH BARAT pada bulan julai iaitu 1 hari bulan 7, saya mengambil  dalam kemahiran Sistem Teknologi Komputer .Di sini hanya 6bulan sahaja daripada bulan Julai hingga Disember 2014. Bertujuan mahu belajar kemahiran-kemahiran komputer di GIAT MARA ini. Pada mulanya kami menjalankan orientasi dan juga sesi suai kenal.Kursus ini hanya terdapat 10 bab atau modul yang berjalan sepanjang masa latihan. Setiap modul mempunyai dua peperiksaan iaitu teori dan amali. Peperiksaan teori merupakan ujian bertulis manakala amali adalah latihan secara praktikal . Peperiksaan ini dipanggil P.A.M atau Peperiksaan Akhir Modul . Di kursus ini telah banyak membuat aktiviti yang menarik seperti menjalankan aktiviti beriadah, pelawatan, dan rombongan. berbalik daripada kursus ini, pelatih akan diajar cara-cara membaik pulih komputer,installation,format dan lain lain . Ia juga belajar cara-cara keselamatan pada waktu bekerja , cara menjaga keselamatan barang-barang peralatan dan kekemasan meletakkan barang pada tempat kerja. Inilah pengalaman yang saya lalui selama 6bulan berada di GIAT MARA IPOH BARAT, sekian, Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan